Rancangan Pengajaran Mikro
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tahun : 5J
Tarikh : 13 Oktober 2011 ( Khamis )
Masa : 8.00 – 8.30 pagi
Bilangan murid : 38 orang
Tema : Bola Keranjang
Tajuk : Kemahiran menggelecek bola
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat,
                                       1. mengetahui teknik asas mengawal bola keranjang
                                       2. memahami teknik dan cara menggelecek bola
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah bermain bola keranjang
Kemahiran bahasa : mendengar, bertutur, membaca
Sistem bahasa : kosa kata bola keranjang
Pengisian kurikulum : kerjasama, bantu-membantu, semangat berpasukan
KBT : Rangkaian pergerakan
Bahan Bantu Mengajar : Bola keranjang
|     Langkah  |        Isi pelajaran  Pengajaran dan Pembelajaran  |        Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran  |        Catatan  |   
|     Set Induksi + 3 minit  -  |        Aktiviti memanaskan badan 1. Mengapa kita perlu   memanaskan badan sebelum bermain bola keranjang?     (supaya tidak cedera)  |        1. Guru menunjukkan cara   memanaskan badan. 2. Guru menerangkan kepentingan   memanaskan badan. 3. Murid-murid mengikut cara   memanaskan badan. 4. Guru meminta murid-murid   berlari mengelilingi gelanggang bola keranjang.  |        Kemahiran : mendengar  |   
|     Langkah 1 + 6 minit  -  |        Aktitviti menggelecek bola 1. Cara menggelecek   bola ada beberapa jenis?     (menggelecek dengan sebelah tangan, menggelecek   dengan lantunan rendah, menggelecek dengan lantunan tinggi, menggelecek bola   di tengah dengan kedua-dua tangan kanan dan tangan kiri , menggelecek bola   sambil bergerak ke hadapan dan sebagainya.)  |        1. Guru   menerangkan cara menggelecek bola. 2. Guru   menunjukkan cara menggelecek bola. 3. Guru menerangkan   pergerakan semasa menggelecek bola 3. Guru meminta   murid-murid menggelecek bola dengan sebelah tangan kanan dan kiri. 4. Guru memeriksa   pergerakan murid dan membetulkan pergerakan murid-murid yang melakukan teknik   yang salah.  |        Kemahiran : mendengar BBM : Boala keranjang  |   
|     Langkah 2 + 6 minit -  |        Aktiviti menggelecek   bola  |        1. Guru   membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan, dua kumpulan perempuan dan 2   kumpulan lelaki. 2. Guru meminta murid-murid   menggelecek bola dengan bergerak  ke   hadapan. 3,. Murid-murid   menjalankan latihan menggelecek bola  dengan bergerak ke hadapan. 4. Guru mengingatkan   murid-murid akan pergerakan menggelecek bola. 5. Guru mengadakan   pertandingan kecil menggelecek bola secara kumpulan. 6. Guru meminta setiap   kumpulan menghantar seorang murid yang dapat menggelecek bola dengan cepat. 7.  Satu pertandingan antara murid perempuan   dan murid lelaki dijalankan. 8. Murid-murid memberi   sorakkan kepada rakannya. 9. Guru memberi pujian   dan tepukan kepada murid yang menang.  |        Kemahiran : mendengar BBM : Bola keranjang  |   
No comments:
Post a Comment