Friday, December 2, 2011

Guru yang kreatif


Saya melihat seorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Guru tersebut menggunakan pengalaman murid untuk mengaitkan tajuk yang hendak dipelajari.

Thursday, October 20, 2011

RPH


Rancangan Pengajaran Mikro
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tahun : 5J
Tarikh : 13 Oktober 2011 ( Khamis )
Masa : 8.00 – 8.30 pagi
Bilangan murid : 38 orang
Tema : Bola Keranjang
Tajuk : Kemahiran menggelecek bola
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat,
                                       1. mengetahui teknik asas mengawal bola keranjang
                                       2. memahami teknik dan cara menggelecek bola
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah bermain bola keranjang
Kemahiran bahasa : mendengar, bertutur, membaca
Sistem bahasa : kosa kata bola keranjang
Pengisian kurikulum : kerjasama, bantu-membantu, semangat berpasukan
KBT : Rangkaian pergerakan
Bahan Bantu Mengajar : Bola keranjang

























Langkah
Isi pelajaran
Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
+ 3 minit
 -
Aktiviti memanaskan badan


1. Mengapa kita perlu memanaskan badan sebelum bermain bola keranjang?
    (supaya tidak cedera)
1. Guru menunjukkan cara   memanaskan badan.
2. Guru menerangkan kepentingan memanaskan badan.
3. Murid-murid mengikut cara memanaskan badan.
4. Guru meminta murid-murid berlari mengelilingi gelanggang bola keranjang.

Kemahiran : mendengar
Langkah 1
+ 6 minit
 -

Aktitviti menggelecek bola

1. Cara menggelecek bola ada beberapa jenis?
    (menggelecek dengan sebelah tangan, menggelecek dengan lantunan rendah, menggelecek dengan lantunan tinggi, menggelecek bola di tengah dengan kedua-dua tangan kanan dan tangan kiri , menggelecek bola sambil bergerak ke hadapan dan sebagainya.)

1. Guru menerangkan cara menggelecek bola.
2. Guru menunjukkan cara menggelecek bola.
3. Guru menerangkan pergerakan semasa menggelecek bola
3. Guru meminta murid-murid menggelecek bola dengan sebelah tangan kanan dan kiri.
4. Guru memeriksa pergerakan murid dan membetulkan pergerakan murid-murid yang melakukan teknik yang salah.


Kemahiran : mendengar



BBM : Boala keranjang
Langkah 2
+ 6 minit
-
Aktiviti menggelecek bola
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan, dua kumpulan perempuan dan 2 kumpulan lelaki.
2. Guru meminta murid-murid menggelecek bola dengan bergerak  ke hadapan.
3,. Murid-murid menjalankan latihan menggelecek bola  dengan bergerak ke hadapan.
4. Guru mengingatkan murid-murid akan pergerakan menggelecek bola.
5. Guru mengadakan pertandingan kecil menggelecek bola secara kumpulan.
6. Guru meminta setiap kumpulan menghantar seorang murid yang dapat menggelecek bola dengan cepat.
7.  Satu pertandingan antara murid perempuan dan murid lelaki dijalankan.
8. Murid-murid memberi sorakkan kepada rakannya.
9. Guru memberi pujian dan tepukan kepada murid yang menang.
Kemahiran : mendengar





BBM : Bola keranjang

mikropengajaran PJ

Wednesday, October 12, 2011

basketball skill teaching

Ini adalah video yang digunakan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.